Pemberitahuan

Pemberitahuan

Pemberitahuan

Pemberitahuan

Borang Pendaftaran Online

Powered byEMF Free Form Builder

Sunday, March 29, 2015

PENGENALAN



PENGENALAN

Usaha - usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al- Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sama ada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah mendokong cita - cita dan semangat perjuangan Islam.


Pada bulan  Januari 2011 hasrat untuk merealisasikan penubuhan pusat pengajian ilmu Al-quran di Banting termakbul apabila tertubuhnya Pusat Pengajian Qiraati Al-Qomar (PPQ) pertama di Taman Seri Putra , Banting Selangor. Penubuhan PPQ ini memberi batu asas kepada pengajian Al-Quran secara sistematik kepada penduduk setempat dan sekitar. Setelah beroperasi selama beberapa tahun cawangan PPQ telah bertambah di Banting Baru , Pusat Matrikulasi dan Perpustakan Awam Banting. Pengajian secara modular dan bertahap ini terbuka kepada Kanak-kanak dan dewasa. Setelah bertapak kukuh sebagai pusat pengajian Al-Quran , Qiraati Al-Qomar berhasrat untuk membuka sebuah Akademi Tahfiz Al-Qomar (ATAQ) bagi memberi peluang kepada bekas pelajar PPQ Al-Qomar dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar mengambil sijil hafazan Al-Quran di ATAQ . Bakal pelajar ATAQ akan melalui proses penyaringan kemasukan yang ketat seperti ujian bacaan dan tajwid serta akan mempelajari Kitab Turath dan Bahasa Arab sebagai sebagai pelajaran tambahan penting. Sebuah rumah waqaf telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat operasi ATAQ yang terletak di Fasa Satu Perumahan di Banting Bar. Perbincangan ini telah mengambil kira pelbagai aspek dengan mendapat nasihat dari tenaga mahir yang berpengalaman menguruskan Pusat Tahfiz.


Di samping itu, ATAQ telah merangka satu sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu - ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah serta Ia’dah "

Bermula dengan keprihatinan inilah terbinanya idea untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz Al Qomar dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah - celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

0 comments:

Post a Comment